Song lyrics provided at Lirik Lagu - Song Lyrics are not for commercial purposes (such as for sale). Should you have any song lyrics request, please drop your request at any of the comments section. I will email you on the update of the song lyrics request only if you provide me your email. Enjoy Malaysian song lyrics, Indonesian song lyrics as well as English song lyrics.

Selasa

Lirik Lagu Peluang Kedua - Nabila Razali (AJL35 oleh Hael Husaini)

Song / Lagu : Peluang Kedua (Nabila Razali - dinyanyikan oleh Hael Husaini untuk Separuh Akhir AJL 35)

Lagu Peluang Kedua nyanyian asal oleh Nabila Razali ini dinyayikan oleh Hael Husaini ketika Separuh Akhir AJL 35 (AJL 2020) dan seterusnya layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35. Hael juga merupakan komposer dan penulis lirik bersama MFMF bagi lagu Peluang Kedua ini. Tahniah Hael! 

Terdahulu pada 20 November 2020, Nabila Razali telah mengumumkan bahawa dia terpaksa menarik diri daripada menyanyikan lagu Peluang Kedua ini di Separuh Akhir AJL35 untuk memberi masa bagi kotak suaranya untuk pulih. Setelah sesi perbincangan dibuat, Hael akhirnya menggalas tanggungjawab untuk menyayikan sendiri lagu ciptaannya itu memandangkan masa agak suntuk untuk diberikan kepada penyanyi lain menghayati lagu ini.

Namun begitu, Hael tetap berharap agar Nabila dapat sembuh sepenuhnya untuk dia menyayikan lagu ini di pentas akhir AJL 35 kerana sememangnya lagu ini diciptakan untuk Nabila. Maka, bagi Hael, Nabila adalah penyanyi yang selayaknya mempersembahkan lagu tersebut.

Jom kita layan lagu Peluang Kedua ni oleh Nabila Razali dan juga Separuh Akhir AJL35 oleh Hael Husaini..

 

Lyrics / Lirik : Peluang Kedua - Nabila Razali


Sepi
Menghukum diri kembali
Untuk mengalirkan air mata
Tanpa henti
Lagi
 
Sepi
Menghasut diri kembali
Untuk memikirkan tentang kita
Tanpa henti
Lagi
 
Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila 'ku tak sempurna
Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku
 
Maaf, andai kau terluka
Maaf, 'ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu
Sesalku
 
Maaf, kerna aku pun terluka
Pintaku hanya
Peluang kedua
Rasa cinta
Darimu
 
Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila 'ku tak sempurna
Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku
 
Dan andai terbuka hatimu
'Ku

Song / Lagu : Peluang Kedua - Nabila Razali  

Watch music video Peluang Kedua by Nabila Razali. Click play to listen and watch the music video.

 

Song / Lagu : Peluang Kedua - Hael Husaini (Separuh Akhir AJL 35)  

Watch music video Peluang Kedua by Hael Husaini. Click play to listen and watch the music video.

 

0 ulasan: