Song lyrics provided at Lirik Lagu - Song Lyrics are not for commercial purposes (such as for sale). Should you have any song lyrics request, please drop your request at any of the comments section. I will email you on the update of the song lyrics request only if you provide me your email. Enjoy Malaysian song lyrics, Indonesian song lyrics as well as English song lyrics.

Sabtu

Lirik Lagu EH - Zizi Kirana

Song / Lagu : Eh (Zizi Kirana)

Lagu Eh nyanyian Zizi Kirana ni memang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 / AJL 2020. Tahniah Zizi selaku komposer bersama Navigator. Zizi juga menulis lirik lagu ni bersama-sama dengan Mambang.

Perghhhh.. Tapau jugak Zizi kali ni.. Penyanyi, komposer dan penulis lirik!

Suara Zizi yang serak-serak basah ni memang sesuai dengan lagu ni. Eh, memang la sesuai.. kan dah dia yang gubah lagu ni. Memang dah rancang siap-siap kot buat lagu ni untuk dia nyanyi. Spot on, Zizi! Terbaik...

So, untuk makcik dan pakcik bawang (dan seluruh ahli Persatuan Bawang-bawang Sedunia) yang membawang benda-benda tak berfaedah, sila hayati lirik lagu ni ya. Cuba kalau rasa-rasa nak membawang tu, sebarkanlah kebaikan orang dan tutup aib orang lain. InshaaAllah, aib kita akan ditutup Allah S.W.T.

So gaissss, sekali lagi.. Walaupun tarikh AJL 35 ni ditunda disebabkan kes Covid19 yang masih dok kat 4 angka ni (stay safe ya..), jom lar kita dengar dulu lagu Eh oleh Zizi Kirana.

p/s: Merdunya Zizi mengalunkan ayat suci Al-Quran. Asyik mendengar.. Semoga Allah S.W.T. berikan hidayah kepada Zizi untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Aameeen..

 

Lyrics / Lirik : Eh - Zizi Kirana


Sendiri mahu ingat
Rambut sendiri sikat
Kusut lama tak sihat
Bagaimana dengan kamu?
 
Sendiri boleh kira
Meroyan itu gila
Tanya diri sampai bila
Nak jaga tepi kain aku?
 
Sakit hati semua nak luah
Banyak sudu sampai tak cukup kuah
Hati hitam boleh tutup dengan jubah
Kecam orang lain sendiri taknak ubah
Eh, Eh, Eh
Eh, Eh, Eh
Eh, Eh, Eh
 
Mari-mari membawang
Pasang telinga pasang
(Kau ada citer) aku ada citer
Mari kita berdagang
 
Asah-asah lidah
Usah susah natijah
Bukak tutup telinga mulut ... Eh
Kita hebahkan ghibah
 
Zizi itu, Zizi ini
Dulu suka sekarang benci
Makin banyak kena lanyak
Bila Zizi keluar TV
 
Beras dapur engkau takkan jadi nasi aku
Jadi iri hati engkau bukan sakit hati aku
 
Sakit hati semua nak luah
Banyak sudu sampai tak cukup kuah
Hati hitam boleh tutup dengan jubah

Song / Lagu : Eh - Zizi Kirana  

Watch music video Eh by Zizi Kirana. Click play to listen and watch the music video.

0 ulasan: