Song lyrics provided at Lirik Lagu - Song Lyrics are not for commercial purposes (such as for sale). Should you have any song lyrics request, please drop your request at any of the comments section. I will email you on the update of the song lyrics request only if you provide me your email. Enjoy Malaysian song lyrics, Indonesian song lyrics as well as English song lyrics.

Selasa

Lirik Lagu Peluang Kedua - Nabila Razali (AJL35 oleh Hael Husaini)

Song / Lagu : Peluang Kedua (Nabila Razali - dinyanyikan oleh Hael Husaini untuk Separuh Akhir AJL 35)

Lagu Peluang Kedua nyanyian asal oleh Nabila Razali ini dinyayikan oleh Hael Husaini ketika Separuh Akhir AJL 35 (AJL 2020) dan seterusnya layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35. Hael juga merupakan komposer dan penulis lirik bersama MFMF bagi lagu Peluang Kedua ini. Tahniah Hael! 

Terdahulu pada 20 November 2020, Nabila Razali telah mengumumkan bahawa dia terpaksa menarik diri daripada menyanyikan lagu Peluang Kedua ini di Separuh Akhir AJL35 untuk memberi masa bagi kotak suaranya untuk pulih. Setelah sesi perbincangan dibuat, Hael akhirnya menggalas tanggungjawab untuk menyayikan sendiri lagu ciptaannya itu memandangkan masa agak suntuk untuk diberikan kepada penyanyi lain menghayati lagu ini.

Namun begitu, Hael tetap berharap agar Nabila dapat sembuh sepenuhnya untuk dia menyayikan lagu ini di pentas akhir AJL 35 kerana sememangnya lagu ini diciptakan untuk Nabila. Maka, bagi Hael, Nabila adalah penyanyi yang selayaknya mempersembahkan lagu tersebut.

Jom kita layan lagu Peluang Kedua ni oleh Nabila Razali dan juga Separuh Akhir AJL35 oleh Hael Husaini..

 

Lyrics / Lirik : Peluang Kedua - Nabila Razali


Sepi
Menghukum diri kembali
Untuk mengalirkan air mata
Tanpa henti
Lagi
 
Sepi
Menghasut diri kembali
Untuk memikirkan tentang kita
Tanpa henti
Lagi
 
Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila 'ku tak sempurna
Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku
 
Maaf, andai kau terluka
Maaf, 'ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu
Sesalku
 
Maaf, kerna aku pun terluka
Pintaku hanya
Peluang kedua
Rasa cinta
Darimu
 
Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila 'ku tak sempurna
Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku
 
Dan andai terbuka hatimu
'Ku

Song / Lagu : Peluang Kedua - Nabila Razali  

Watch music video Peluang Kedua by Nabila Razali. Click play to listen and watch the music video.

 

Song / Lagu : Peluang Kedua - Hael Husaini (Separuh Akhir AJL 35)  

Watch music video Peluang Kedua by Hael Husaini. Click play to listen and watch the music video.

 

Sabtu

Lirik Lagu EH - Zizi Kirana

Song / Lagu : Eh (Zizi Kirana)

Lagu Eh nyanyian Zizi Kirana ni memang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 / AJL 2020. Tahniah Zizi selaku komposer bersama Navigator. Zizi juga menulis lirik lagu ni bersama-sama dengan Mambang.

Perghhhh.. Tapau jugak Zizi kali ni.. Penyanyi, komposer dan penulis lirik!

Suara Zizi yang serak-serak basah ni memang sesuai dengan lagu ni. Eh, memang la sesuai.. kan dah dia yang gubah lagu ni. Memang dah rancang siap-siap kot buat lagu ni untuk dia nyanyi. Spot on, Zizi! Terbaik...

So, untuk makcik dan pakcik bawang (dan seluruh ahli Persatuan Bawang-bawang Sedunia) yang membawang benda-benda tak berfaedah, sila hayati lirik lagu ni ya. Cuba kalau rasa-rasa nak membawang tu, sebarkanlah kebaikan orang dan tutup aib orang lain. InshaaAllah, aib kita akan ditutup Allah S.W.T.

So gaissss, sekali lagi.. Walaupun tarikh AJL 35 ni ditunda disebabkan kes Covid19 yang masih dok kat 4 angka ni (stay safe ya..), jom lar kita dengar dulu lagu Eh oleh Zizi Kirana.

p/s: Merdunya Zizi mengalunkan ayat suci Al-Quran. Asyik mendengar.. Semoga Allah S.W.T. berikan hidayah kepada Zizi untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Aameeen..

 

Lyrics / Lirik : Eh - Zizi Kirana


Sendiri mahu ingat
Rambut sendiri sikat
Kusut lama tak sihat
Bagaimana dengan kamu?
 
Sendiri boleh kira
Meroyan itu gila
Tanya diri sampai bila
Nak jaga tepi kain aku?
 
Sakit hati semua nak luah
Banyak sudu sampai tak cukup kuah
Hati hitam boleh tutup dengan jubah
Kecam orang lain sendiri taknak ubah
Eh, Eh, Eh
Eh, Eh, Eh
Eh, Eh, Eh
 
Mari-mari membawang
Pasang telinga pasang
(Kau ada citer) aku ada citer
Mari kita berdagang
 
Asah-asah lidah
Usah susah natijah
Bukak tutup telinga mulut ... Eh
Kita hebahkan ghibah
 
Zizi itu, Zizi ini
Dulu suka sekarang benci
Makin banyak kena lanyak
Bila Zizi keluar TV
 
Beras dapur engkau takkan jadi nasi aku
Jadi iri hati engkau bukan sakit hati aku
 
Sakit hati semua nak luah
Banyak sudu sampai tak cukup kuah
Hati hitam boleh tutup dengan jubah

Song / Lagu : Eh - Zizi Kirana  

Watch music video Eh by Zizi Kirana. Click play to listen and watch the music video.

Jumaat

Lirik Lagu Hutang - Floor 88

Song / Lagu : Hutang Floor 88

Lagu Hutang nyanyian kumpulan Floor 88 ni dapat masuk Anugerah Juara Lagu ke-35 / AJL 2020. Tahniah!

Lagu ni sempoi dan nampak santai je, tapi penuh dengan mesej dan realiti kehidupan masyarakat sekarang. Harap-harap kita bukan sekadar menyanyi je tapi memahami pesanan yang nak disampaikan oleh penulis lirik lagu ni. Ambil untuk panduan hidup. 

Yang penting, kita do'a banyak-banyak supaya bila tiba masa nyawa kita dicabut nanti, semua hutang kita (tak kira la duit, material, budi, dsb) dah dibayar dan dilangsaikan. Kalau tak, jenuh wooooo kat akhirat esok nak cari orang yang kita berhutang tu. 

So gaissss, walaupun tarikh AJL 2020 ni dah ditunda disebabkan kes Covid19 ni mencanak-canak naik (stay safe, gaisss!), jom lar kita layannnnn dulu lagu Hutang ni..

 

Lyrics / Lirik : Hutang - Floor 88


Kau nak cepat kaya
Macam jual unta
Tapi kau sendiri
Malas nak usaha
Cerita sana sini
Gebang kau merata-rata

Pantang depan mata
Ada saja cerita
Tipu belit kawan
Dah macam ular sawa
Bila dah tahu kau lari berbatu
Macam kau nampak hantu

Cerita zaman dulu
Pak Kaduk gadai tanah
Dia laga ayam bukan kepunyaannya
Cerita zaman sekarang
Kau yang guna duit orang
'Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang
(Alakazam)

Tepok amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana
Buai laju-laju buai sampailah pokok sena
Duit 'ku beribu semua entah ke mana
Memanda Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah 'ku taboh kau pon tak apa
Rampo ngiseng semar…
 

Song / Lagu : Hutang - Floor 88  

Watch music video Hutang by Floor 88. Click play to listen and watch the music video.